.. Terdetik untuk melihat diri melalui kacamata Orientalis ..
I was intrigue to write about the Malay people . John Cameron , 1865 Our Tropical Possession in Malayan Indian –
” Menurut teori yang saya tidak bantah, masyarakat Melayu pada dasarnya baik budi pekerti, mereka tidak berjiwa tamak, dan bula mereka dapat mere puas dengan keperluan pada masa itu maka mereka bahagia- mereka sangat percaya pada pepatah bahawa kecukupan pada hari ini, merupakan pengganti kemalangan,”
Isablella Bird, Februari 1879 Taiping Perak wrote
” Kesulitan tentang tenaga kerja ini barangkali harus diatasi dengan mengambil kuli dari India, kerana orang Melayu tidak mahu bekerja kecuali untuk dirinya sendiri ”
” Orang Melayu memiliki tahap kelambanan yang luar biasa. Iklim tropika yang basah, malaria, tanah yang mempermainkan tanaman, tatacara kemewahan para pemimpin nya, yang membuat rumah bagus, dan pakian bagus yang merbahaya bagi petani – semuanyan telah menonton pilihannya tanpa cita-cita.. Dia lebih senang mengharungi jalan di sungai atau bekerja di dalam lumpur sawah daripada menjadi budak yang dikendalikan oleh jam dalam ruang kerja atau pejabat. Tetapi dia tekun ketika minatnya timbul – R.O Winstedt 1956 , Malaya and Its History
” Pada dasarnya, orang melayu adalah pemalas, orang cina adalah pencuri dan orang india pemabuk, namun masing- masing dalam kelompok pekerjaan yang khususnya, murah dan cekap apabila betul – betul diawasi ” C.G Warnford Lock 1970 – Mining in Malaya dor Gold and Tin
—————————————————————-
The latest edition of Off The Edge May 2010 Pg. 59 – has the excerpt from Modernization and Social Change – by Syed Hussin Al-attas ” An Orientalist for my father was someone who took it upon himself to study the East but, was more a dilettante ( an admirer or lover of the arts) rather than a specialist in his area of study . He was by training and activity, ‘ a jack of all trades ‘ who felt the need to ‘ plant his flag on every piece on no-man’s land in the scenery of south east asian scholarship’ .
————————-
Sedikit nasihat daripada pendita Zaaba-
” orang yang membiasakan dirinya memintatolong dengan tiada berusaha sendirinya itu melatih dirinya menjadi peminta sedekah.
Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan yang demikian, tidaklah ada apa yang boleh berbesar hati kerananya, kerana ia bukan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat pertolongan orang.” Pendita Zaaba dalam Qala, Bil 19:1952 .
Dalam hasil usahanya, Pendita Zaaba – mengkritik sikap orang melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri , lemah cita-cita dan terlalu bergantung kepada orang lain serta berkiblatkan taklid buta tanpa memahami tuntutan Islam yang sebenarnya.
[…] 19. Melihat diri dari kacamata orientalis! […]
Koleksi Penulisan Kreatif « Khairul-o-rama
September 11, 2011 at 7:13 pm