DrMKZ

Hati hidup

Menjana Idea melalui pekerjaan

with one comment

 

Mencari idea berdasarkan pekerjaan

http:// khairulorama.wordpress.com

Pada amnya, penulisan memerlukan idea yang tegar dan segar berterusan dan berpanjangan. Idea yang segar dapat menjana lebih banyak penulisan.

Bagi seorang guru, semestinya idea yang hebat boleh diperolehi daripada, murid-murid yang kreatif. Mungkin idea yang segar daripada kanak- kanak dapat diberi lapangan pandangan yang berbeza.

Bagi seorang ahli kajian, mungkin idea mereka adalah berdasarkan diskusi dengan rakan sekerja. Rakan yang berada dalam lingkungan idea yang sama. Inovasi daripada idea mereka akan menjadikan ia beketrampilan apabila idea tesebut ditulis dan direkodkan.

Bagi seorang jurutera, semestinya melihat kebaikan dan keburukan penciptaan produk akan memberi objektivit dalam penulisan anda. Inovasi boleh dilakukan apabila dapat melihat kekurangan dalam sesuatu penciptaan.

Begitu juga, idea dapat di hasilkan dalam pemerhatian seorang doctor. Kebanyakan spekulasi boleh dilakukan berdasarkan kajian – kajian sebelum itu. Bukan itu sahaja, analisa seorang doctor akan bertambah jitu dengan melihat dengan teliti kes-kes yang dilihatnya.

Bagi seorang peguam, masalah-masalah klien dapat dijadikan pedoman dalam mencari idea-idea penulisan. Jadikan masalah-masalah mereka sebagai idea penulisan anda .

Bagi seorang penggubah lagu, maka semestinya melihat dan mendalami sebuah gubahan lagu menjadikan kefahaman kepada lagu-lagu tersebut lebih jelas.

Oleh itu, bukan professional sahaja mampu menjana idea, malah dengan menonton TV juga anda mampu memberi komen dan mencipta idea untuk penulisan. Jadikan penulisan yang hebat sebagai hobi anda. Mungkin sesetengah pihak berkata anda tidak bersikap professional, tetapi pada pandangan saya andalah yang paling  professional kerana melihat, mengkaji, mendengar dan menulis idea dan pemerhatian anda. Orang lain tahu apa? — mungkin paling tidak, memberi komen.

Written by Khairul

November 8, 2010 at 6:28 pm

Posted in Uncategorized

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 12. Mencari idea melalu pekerjaan dan profesional anda.  […]


Leave a comment