Keutuhan sebuah penulisan lebih tegar dari harga naik emas
Penulisan mencipta ketamaadunan. Penulisan menghasilkan budaya dan gaya hidup. Penulisan memberikan kehidupan dan berterusan. Jika dikaji dengan teliti, tamadun bangsa dan ideologi yang kekal adalah dengan jumlah dan kehebatan penulisan bangsanya. Contohnya, jika anda pernah membaca La Tahzan, Dr Aidh Bin Abdullah Al- Qarni atau buku-buku Tokoh Angerah Maulidur Rasul -Abdullah Qari Hj Salleh, lihat sahaja kesan dan impaknya kepada pemahaman manusia kepada konsep kehidupan.
Buku yang pertama, La Tahzan, memperjuangkan konsep dakwah melalui kefahaman Islam dan kerbersatuan dengan emosi sedih. Buku-buku Abdullah Qaru Hj Salleh pula yang kini berjumlah 300 kesemua membahaskan pelbagai isu Islam daripada cara hidup hingga kepada konsep tauhid dan akidah.
Penulisan membentuk pemikiran generasinya. Mujahid Imam Hasan Al-Banna menulis pelbagai permasalahan politik pada zamannya, dan membentuk budaya kehidupan yang reformis berpegang kepada Ahlul Sunnah, dan beliau berjaya membentuk generasi Ikhwanul Muslim yang menjadi gelombang arus revolusi Ummat Islam. Melalui penulisannya juga, beliau menghantarkan surat dan perjanjian yang menjadi bahan bukti pembacaannya pada abad ini. Begitu banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau. Beliau mengikut kata lain, adalah permata bagi umat Islam. Begitu lama umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan Al- Banna.
Bukan itu sahaja, kontroversi pada abad kita pula adalah Wikileaks dan Interlok.
Umat Islam tidak memerlukan kepada kontroversi, kerana budaya hidup kita Islam itu telah diberi makna dengan kehidupan sunnah.
Tradisi kehebatan Islam itu adalah dengan wahyu yang pertama diturunkan Iqra bismi Rabbika allazi Khalaq.
Maka berjuta jutalah umat Islam yang hidup itu membaca Al-Quran dan semua yang dihimpunkan pembacaan dan hasillah karya-karya Islami yang kekal selamanya sehingga akhir riwayat ketamadunan manusia.
[…] 5. Keutuhan sebuah penulisan lebih tegar dari harga naik emas […]
Koleksi Penulisan Kreatif « Khairul-o-rama
September 11, 2011 at 6:46 pm