Apabila Umar, Abah dan Presiden Mubarak yang jatuh membaca
Aku akan pulang ke Kuantan, semula.
Sempat juga mendengar cerita mengenai kejatuhan regim Mubarak setelah rakyat Mesir berkumpul di Medan Tahrir ( Tahrir Square). Aktivitis pembenci Mubarak siap berkumpul di Tahrir Square dengan marahnya kerana regim Mubarak yang telah ” menutup peluang” ( oppurtunities) ” rakyat Mesir. Begitulah juga kebodohan dan kebobrokan Mubarak yang dilaung-laungkan di tengah bandar Kaherah.
Presiden Mubarak, yang mejadi imej representasi, kepada regim kuasa dunia, Amerika Syarikat akan jatuh apabila terjadi revolusi yang diinginkan oleh rakyat Mesir ini. Mungkin juga ada pengaruh daripada Ikhwanul Muslimin yang pada pendapat saya yang jahil ini, akan memerintah Mesir.
Mungkin pada amnya, terlalu kebanyakan keburukan yang akan berlaku dengan kejatuhan regim ini. 5 orang saudaraku berada disana. Adik -adik Nadiah, Arif dan Nafisah, Syamil, Diana dan sepupu kepada Nadiah, ( Fahmi) sedang menuntut di universiti terkemuka di Kaherah. Doa kami agar mereka sentiasa selamat di sana, walaupun DPM Muhyiddin Yasin mengatakan belum masanya kita mengambil (evacuate) 10,000 pelajar kita disana. Doakan keselamatan mereka.
Tetapi keselamatan mereka bukan bawah kekuasaan pemimpin seperti Mubarak atau Muhyiddin. Masih apung-apung dibawah rahmat Allah.
Takut-takut kalau revolusi ini, menaikan harga makanan, aktiviti ‘looting’ dan pencerobohan, memberhentikan perkhidmatan awam seperti polis dan jenayah, maka tercabarlah keamanan Mesir.
Inikan pula tindakan sombreno Mubarak yang memutuskan hubungan dengan dunia. Facebook, twitter dan internet tiada!. Maka susahlah ibubapa di Malaysia menghubungi 10 000 pelajar kita yang menuntut di Mesir. Tragedi dunia tanpa talian, dan riwayat hitam sejarah perhubungan digitial dunia.

Tiba2 sahaja tiada internet!, mungkin mubarak murka apabila membaca
Apa kata U.S ? – Hillary Clinton mengharapkan “ orderly tranferring of power”. Maka jatuhlah Mubarak dengan konconya. Maka apabila jatuh Mubarak akan ada satu lagi regim yang memerintah
Mungkinkah berpaksikan U.S atau berperang memerangi U.S seperti Ahmadinejad sekali lagi ini?
Mungkinkan ini the ” Tunisia Effect”?

Membaca al jazeera bersama Umar
Written by Khairul
January 31, 2011 at 3:17 am
Posted in Uncategorized
Tagged with al jazeera, egypt, mubarak
Leave a comment