Posts Tagged ‘art’
Typography Khairul ..
Di bawah adalah logo-logo khairul yang still unedited dalam re-branding khairulorama. Saje di uploadkan untuk simpanan.

Logo ini pada hari-hari berasa insaf dan ‘warak’

Logo ini apabila setelah selesai minum kopi di Kopitiam atau Old Town

Logo ini setelah menonton cerita Harry Potter yang episod terbaru itu- deathly hallows

Ini adalah lambang selepas membaca buku-buku A.Samad Said dan cerpen Othman Puteh

Logo ini apabila setelah melawat homepej Emila Yusof seorang karikatur yang menarik minak saya. Nice artwork . Thumbs up untuk beliau.

Logo ini apabila selesai menghantar pesakit ke IJN atau HKL. Ataupun mengambil pesakit di rumah mereka yang saya tak pasti dimana walaupun ada di dalam GPRS. Neno-neno. Thumbs up Paramedik Hosp Serdang.

Logo ini apabila saya pulang ke rumah selepas post call tetapi Nadiah tiada di rumah, dan pesakit yang di CPR selama 30 minit itu akhirnya mati. Atau pun setelah resusitasi pesakit jantung yang ‘on’ dan ‘off’

Logo ini adalah setelah saya berlari di atas treadmill tetapi melihat di dalam cermin dan berfikir di benak hati “Oh belum kurus lagi”

Pada hari-hari selepas mendengar Canon in G Bach atau Time to Say Goodbye Paul Potts. Rasa geli romantica.

Logo ini adalah saya ketika berada di hadapan komputer dan tidak membenarkan Nadiah melihat dan membaca blog saya ketika sedang menulis. Kerana “blank” ” Jangan baca lagi ”
Di atas adalah representasi sebuah typograph ke atas hari-hari kehidupan. Anda bagaimana?