DrMKZ

Hati hidup

Posts Tagged ‘nabi ibrahim

Hasbunallahu wa ni’mal wakil

with one comment

Kalau pukul 2.30 pagi, anda bersama pesakit STEMI yang sedang diberikan streptokinase, dan kemudian di depan mata ada DKA,  seorang lagi pesakit GCS poor, dan seorang lagi intubated kerana fluid overload, ingatkan kepada Allah kerana Dia lah menemuikan anda dengan kesemua pesakit-pesakit ini. 

Yakin kan diri Allah bersama anda, jangan gerun. Mati itu urusan Allah dengan makhluknya. Yang meng’ada’kan anda, adalah Allah, yang menemukan anda dengan pesakit adalah Allah, dan yang  mematikan pesakit anda itu adalah Allah.

Teringat kepada kalimah ini, hasbunallah.

Peringatan kepada seorang doktor yang kelupaan ini, sesungguhnya kalau-kalau rasa sudah penat ingat-ingatkan diri ini,

Surah Ali Imran 3:173

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

Jadikan ia peringatan. Sekiranya anda dalam keperitan, jadikan ia sebagai doa.

Treatment patient sekadar alat, dan lain-lain terserah kepada Allah. So what? Allah , Tuhan sekalian alam sentiasa ada.

Kalau hati kamu remuk, sedih dengan onak dan duri, ingatlah Allah ada.

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat, sabarkan hati.

 

P/s ini doa yang Nabi Ibrahim baca ketika dicampak kan ke dalam api ketika zaman Namrud.

 

 

 

 

Written by Khairul

February 23, 2012 at 3:46 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with