Lubuk idea
Menjana pendapatan melalui penulisan adalah agak susah atau literally ‘impossible’ untuk kita yang berada di sebelah dunia Timur ini.
Ya, anda mungkin merasakan idea – idea yang kita ada sebenarnya kurang ‘evidence based’ berbanding dengan teori dan spekulasi orang – orang Barat. Terkadang kita merasakan rendah diri dengan teknologi atau ‘milestones pencapaian teknologi kita. Tetapi pada pandangan saya, kita mempunyai lebih daripada itu, kita mempunyai satu sistem sosial yang lengkap, adat resam dan kebudayaan yang pelbagai. Masyarakat kita masih muda dalam pemikiran dan memerlukan kepimpinan yang lurus dan tidak pusing-pusing untuk menjadi sebuah peradaban yang maju.
Sebenarnya, pembentukan ideologi dan sahsiah seharusnya dicipta melalui pembacaan. Bukan melalui ikut-ikutan. Insentif harus diberikan kepada penulisan yang baik. Insentif yang diberikan mestilah berupaya menjana pendapatan yang menarik untuk ahli-ahlinya.
Contohnya, Innovative Exchange, moto syarikat ini adalah ‘creativity is the currency ‘. Laman web ini menyediakan interfes antara penyelidik dan investigator. Pertandingan idea-idea baru di perlukan untuk mencipta solusi kepada masalah syarikat. Ini termasuklah untuk tujuan ‘ downsizing’ dan penjimatan kos syarikat tersebut.
Elance juga menyediakan khidmat penulisan secara freelance. Anda mampu mendapat idea baru dalam penulisan untuk menyuntik semangat baru.
eHow juga membolehkan anda mencari idea-idea baru untuk menulis. Mungkin anda tidak dapat hasil daripada penulisan anda tetapi paling kurang tidak, anda dapat mengkaji permintaan ‘demand’ semasa.
Catitan dan rujukan lama juga mampu membantu anda menulis.
Jadikan budaya menulis, budaya harian. Siapa tahu anda mungkin the next best seller?
🙂
[…] 10. Lubuk idea! […]
Koleksi Penulisan Kreatif « Khairul-o-rama
September 11, 2011 at 6:46 pm