Suka kepada penulisan?
Mungkin ramai yang membencikan penulisan. Mengapa? Kerana menulis memerlukan fakulti pemikiran tinggi, sama tinggi seperti membaca. Atau mungkin, linguistik masih pada tahap-tahap sederhana. Bukan mewah. Atau tidak mampu lihat dalam kosakata dan perbendaharaan yang tinggi.
Atau mungkin tiada daya konsentrasi, dan tidak mampu fokus. Atau mungkin tidak berdaya lagi membaca.
Atau mungkin sudah cerebral atrophy? Prematurely atrophied? Bukan prematurely ejakulasi?
Menulis tidak mungkin dapat membuka minda kalau tiada pembaca. Mungkin menulis hanya membuka minda orang-orang yang telah terbuka? Atau mungkin tidak menulis kerana tiada galakan? Insentif?
Mungkin menulis membuka aurat perasan? Mungkin menulis menjadikan isteri marah?
Mungkin menulis membuang masa?
Menulis memberi rasa. Menulis memberi refleksi. Menulis dapat melihat diri sendiri. Menulis memberikan differentials. Menulis tidak melihat sahaja, menulis perlu idea dan idea mahukan konfrontasi.
Ya, provokatif dan kontroversi. Penulis menulis gaya kuda-kuda bergaduh.
Bila rasanya aku boleh dapat 1 million views ini? Ada orang itu menulis sampai 21,000 artikel di internet. Gila ke hape?
Menulis itu adalah juzuk daripada seni. Penulisan boleh membuatkan dunia berubah. Kuasa sudah diberi oleh Maha Esa utk kita berfikir dan mengagungkanNya.
Rebina Biru
May 12, 2011 at 6:04 pm
menulis kerana ingin merubah dunia. Satu kesempatan semasa ada lagi hayat.
khairulorama
May 12, 2011 at 6:51 pm
Menulis sekadar meluahkan rasa dan berkongsi cerita.
sensasihot
May 16, 2011 at 12:50 pm