DrMKZ

Hati hidup

Zaaba

leave a comment »

Zaaba, nama pena bagi Zainal Abidin bin Ahmad. Ketokohan Za’ba banyak dikaitkan dalam bidang bahasa dan persuratan.

Beliau merupakan seorang yang diberi gelaran Pendeta kerana kewibawaan beliau dalam bidang persuratan Melayu. Satu- satunya gelaran yang diberikan kepada beliau ketika Kongres Bahasa dan Persuraan Melayu pada 21 September 1956.

Banyak buku bahasa telah dihasilkan sejak tahun 1930-an se! perti Pelita Bahasa (I, II, dan III), Ilmu Mengarang bahasa Melayu, Ilmu bahasa Melayu (Penggali | dan II), dan Ejaan Rumi bahasa Melayu.

Buku-bukunya sangat terkenal dan digunakan di semua sekolah Melayu sebelum zaman kemerdekaan dan terus digunakan hingga tahun 1970-an.

Za’ba bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Jempol dan melanjutkan pelajaran di St. Pauls Institution, Seremban. Beliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ketika bertugas di Universiti London.

Disamping mengajar beliau juga turut mempunyai Diploma Bahasa Arab, pada tahun 1949. Seaktu bertugas di Universiti Malaya, Zaaba mengikuti program External Examination, pada peringkat Sarjana Muda, lulus dengan cemerlang dibawah Univerisiti London, pada tahun 1953.

Beliau pernah mengemukakan 2 permohonan untuk melanjutkan pelajaran iaitu di The Medical School, Singapura, melalui Pejabat Residen Negeri Sembilan dan Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera di United Kingdom .Walau bagaimanpun kedua-dua permohonannya ditolak atas alasan tidak ada biasiswa.

Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat, sempena kovokesyen, pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975.

Written by Khairul

August 4, 2024 at 6:50 pm

Posted in Uncategorized

Leave a comment