Stimulasi menulis
Stimulasi menulis.
Penulis memerlukan ransangan untuk menulis. Stimulasi yang tepat dapat menghasilkan karya yang jitu dan berisi. Stimulasi yang diperlukan oleh penulis adalah dalam spektra yang amat luas.
Saya lebih suka melihat stimulasi menulis dari sudut pergerakan masa. Ketika pertama kali anda bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh, apabila air sejuk itu mengalir dan membasuh muka dan tangan, ketika orang- orang masih berselimut, ada nilai inspirasi dalam perasaan, dan stimulasi yang dialami. Apabila anda menjejakkan kaki keluar dari bilik air, anda bersedia menunaikan solat subuh, terkadang pula terdetik di dalam diri apa yang kurang pada hari ini, dan bagaimana anda boleh mula hari anda. Ketika anda, melihat diri di dalam cermin, kedengaran deruman enjin motor pada tingkat bawah apartmen dan terlintas dibenak pikiran, mengapa aku berada di sini pada hari ini?
Sejenak anda meletak kereta di kotak parkir, terfikir untuk minum kopi bersama isteri dikeheningan pagi itu. Nah! Aku terkadang lupa tentang isteriku. Langkah pertama kea rah kamar ofis, aku fikirkan apa boss mau pagi ini, Maki.
Terdetik, sebelum zuhur, aku mengambil masa untuk melihat sejauh mana kerja yang telah disiapkan.
Begitulah, stimulasi menulis. Melihat, meramal, merasa, mendengar, memahami, memberi makna dan menilai semula keadaan, satu persatu. Mencari erti sedih, kasih, risau dan bimbang, gembira dalam tangisan dan benci berubah daripada satu sudut kehidupan dan kefahaman terhadap hidup.
Walaubagaimanpun, pengalaman dalaman dan rohaniah ini perlu diteliti dan dikaji. Manakan tidak , Al- Ghazali mampu menghasilkan berjilid-jilid fahaman tentang diri sendiri, jauh daripada kepesongan fahaman dan budaya pemikiran, falsafah, atau falsampah Yunani.
Menulis memerlukan stimulasi yang tinggi, Memerlukan konsentrasi dan penghayatan virtual untuk menghasilkan karya yang tersendiri. Menulis memerlukan stail dan gaya pemikiran yang berlanjutan kesegarannya.
Itulah stimulasi menulis, sehingga sebelum tidurnya , selepas solat Isyaknya, memikir, mentelaah dan memahami erti stimulasi rohaniah dan lahiriah.
[…] 11. Stimulasi menulis […]
Koleksi Penulisan Kreatif « Khairul-o-rama
September 11, 2011 at 6:46 pm