Komunikasi persuasif – Minda Kelas Pertama
By Khairul
Antara ciri- ciri yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang unggul adalah komunikasi yang persuasif. Komunikasi persuasif, kalau ditafsirkan dalam bahasa Melayu adalah komunikasi yang bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran. Ia seperti propaganda tetapi mempunyai batas- batas etika. Komunikasi persuasif juga memberi impak sehingga justeru kepada perubahan sikap dan perilakuan.
Kegunaan komunikasi persuasif tidak tertakluk kepada arahan. Ia juga amat bernilai dalam mewujudkan inisiatif dalam individu yang mengikut. Selain itu, ia memberikan nilai kepada sesuatu revolusi pemikiran.
Contoh yang kita dapat lihat adalah, revolusi penerimaan teknologi yang bertubi- tubi dalam kehidupan harian. Sungguh pun, kita mahu untuk menjadikan budaya hidup yang lebih tradisional, kedatangan teknologi baru memberi minat serta membuka peluang dan inilah komunikasi yang persuasif iaitu perubahan kepercayaan daripada yang konventinal kepada modernistik.
Begitu juga dalam contohnya senario politik, ketika mana U.S mempunyai imej yang negatif terhadap dunia Islam, Obama telah ke Mesir – ” A new beginning ‘ katanya, memberi janji-janji dan persuasi kepada kita yang tidak memahami pemikiran dan komunikasi persuasif. Bukanlah suatu propaganda, tetapi memberi pilihan untuk berubah ke arah yang diinginkan.
Begitulah juga dalam bidang saintifik. Statistik memberi nilai kepada persuasi. Ia menjadikan kita memilih apabila signifikasi p<.05.
Jadi amatlah penting untuk pemimpin-pemimpin menjadikan komunikasi persuasif sebagai salah satu strategi dalam membentuk pembaharuan dalam pemikiran rakyat.
[…] 21. Komunikasi persuasif […]
.. Minda Kelas Pertama.. « Khairul-o-rama
September 11, 2011 at 7:11 pm