.. Prolog Otak Generik ..
Prolog
oleh Khairul
Aku mempunyai sejenis penyakit yang pelik. Hanya lima orang sahaja di dunia ini yang mempunyai penyakit sepertiku. Malah pakar perubatan daripada Institut Penyelidikan Kesihatan terkemuka pun, masih belum kenal pasti jenis penyakitku. Masih lagi dalam penyelidikan, masih lagi dalam kajian. Itulah jawapan yang diberikan oleh pakar-pakar kesihatan.
Dilahirkan dalam keluarga India, aku mempunyai kulit yang putih. Ya, aku albino! Pigmentasi hitam dan coklat tidak berlaku untuk aku. IQ aku biasa sahaja. Seperti orang kebanyakan aku juga bekerja, mempunyai pekerjaan tersendiri yang biasa-biasa. Dua pekerjaan, sebelah siang sebagai seorang kaunselor dan sebelah malam aku adalah seorang penyuntik maklumat kepada kerajaan. Maklumat – maklumat sulit. Highly classified
Aku tidak memakai cermin mata. Walaupun aku rabun jauh, aku tetap mampu melihat dengan mengubah lensa mata secara manual. Penglihatan astigmatisma, aku mempunyai kornea mata yang tidak rata. Memerlukan lensa atau kanta mata yang mempunyai permukaan yang khas.
Berbalik semula kepada penyakitku. Telah aku jumpa lebih dua puluh pakar perubatan, namun belum ada yang satu dapat mengesahkan masalah aku. Aku telah mendapat semua jenis scan. Semua jenis MRI. Dua konsultasi daripada Klinik Mayo dan satu konsultasi daripada Harvard Medical. Dari hujung kepala ke hujung kaki, doktor telah memeriksa. Jantung ku mempunyai empat ruangan. Paru- paruku mempunyai masalah pengerasan ( fibrosis). Mataku bergerak sendiri atau dalam bahasa perubatannya nystagmus. Jari – jari lebih panjang daripada orang biasa. Buah pinggangku ada tiga, bukan dua. Ya, semua organ sudah diperiksa. Otak aku biasa-biasa sahaja. Fisiologinya aku ini orang biasa.
Namun, ada yang aku tidak pernah beritahu kepada doktor- doktor ku. Aku dapat meramal masa hadapan dengan tepat. Itulah kebolehanku. Dan aku mempunyai satu rahsia untuk diberitahu.
[…] Otak generik ( unpublished) – A story of a rare genetic disorder […]
Khairulorama failure to launch notes! « Khairul-o-rama
September 4, 2011 at 12:59 pm