DrMKZ

"We write to taste life- twice"

Di balik cerpin mimpi, impian seorang nelayan – Jalanan tariqat M.Nasir

with 8 comments

Impian seorang nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
‘Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya’

Mega mendung
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Antara bait dalam lagu ini, amat memilukan hati aku. Pada aku, M.Nasir menceritakan keadaan dan pengorbanan ibu dan bapa dalam mencari rezeki untuk membesarkan seorang anak. Seorang nelayan yang tahu arah perjalanan hidupnya, tetapi tidak berkeyakinan menghadapi realiti dan keadaan semasa” . Mimpi tentang duyung dan untung ” – melihat kesusahannya akan berakhir.  “Disini tempatmu, disini rezekimu ” mungkin dimaksudkan sebagai realiti sebenar kehidupan. Payah dan jerih. Dengan keadaan yang tidak menentu, tawakal kepada Tuhan setelah berusaha, akhirnya adalah jalan keluar. Begitu jugalah seorang ibu yang mencari jalan keluar untuk keluarganya. Kesusahan dan  kehimpitan kehidupan. Hidupnya susah. Dan pada rangkap terakhir, anak yang inosen diberikan soalan adakah  tidak faham tentang realiti hidup ini, adakah dia mampu memahami keadaan ayah dan ibunya?

Di balik cerpin mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Mari kita lihat, apa maksud pada cermin yang diungkai oleh M.Nasir? Mungkin refleksi dirinya yang bersahaja. Melihat diri dan mengukur diri serta menguji realiti. aku melihat aku? Apa maksudnya ? Mungkin maksudnya tiada beza aku pada hari ini berbanding semalam, maka akulah yang rugi. Tiada kemajuan dalam diriku, tiada pembaharuan dalam pemikiran diri sendiri. ? Aku masih tidak mengerti maksud bila bulan bersatu dengan mentari, dan bayang- bayang ku hilang. Apa maksudnya. Mungkin kah maksudnya kiamat dan ketiadaan aku pada rangkap sebelum itu.  Pada rangkar seterusnya, adalah realiti yang tidak kita sedari , bermaksudnya aku – dirinya tidak melihat keadaan sebenarnya. Melihat kebenaran Tuhan, mungkin maksud hakikat cinta yang sejati. Mungkin pelangi pada rangkap akhir, bermaksud harapan untuk berubah.

Written by Khairul

November 14, 2010 at 11:11 am

Posted in writing

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Enjoy M.Nasir songs and failed to interpret his songs, managed to write on Laggam Pak Dogo, Dibalik cermin mimpi dan impian seorang nelayan […]

  2. […] 2. Di Balik Cermin mimpi dan Impian seorang Nelayan  LD_AddCustomAttr("AdOpt", "1"); LD_AddCustomAttr("Origin", "other"); LD_AddCustomAttr("theme_bg", "ffffff"); LD_AddCustomAttr("theme_border", "f3f3f3"); LD_AddCustomAttr("theme_text", "1c1c1c"); LD_AddCustomAttr("theme_link", "004276"); LD_AddCustomAttr("theme_url", "cc0000"); LD_AddCustomAttr("LangId", "1"); LD_AddCustomAttr("Autotag", "technology"); LD_AddSlot("wpcom_below_post"); LD_GetBids(); Share this:FacebookTwitterPrintEmailLike this:LikeBe the first to like this post. […]

  3. Salam…
    berdasarkan pengamatan kepada lirik lagu m.nasir yang ni (cermin mimpi), seolah-olah ada kaitan dengan ilmu mengenali diri…

    Ilmu yang membawa diri kita mengenal erti kehidupan sebenar dan rapat dengan penguasa alam ini…dan kehidupan kita..

    Rujukan ini diambil daripada perbincangan disni: http://fairuzanuar.blogspot.com/2007/12/cermin-hati.html

    Sabda Rasulullah S.A.W:
    “Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.”

    Mungkin ini penjelasan:

    1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

    2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.

    3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.

    4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.

    5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.

    Hishamudin Mohamad TwonTawi

    October 29, 2011 at 3:55 pm

  4. Saya amat meminati lagu2 M.Nasir kerana liriknya. lagu cermin mimpi adalah lagu yg saya minat. Dari lirik lagu ini jelas menampakan betapa tinggi ilmu tarikatnya, ilmu agamanya didalam mengenal dirinya dan sang penciptanya. Sukar untuk dijelaskan disini. Tetapi tidak mustahil untuk sesaorang itu dapat melihat cermin mimpinya jika dia mengenaliNya.

    asma

    June 8, 2012 at 5:04 pm

    • ya, amat sokong dengan pendapat anda. M.Nasir banyak menguji minda dan kefahaman psyche orang yang mendengar lagu-lagunya. Tak tahu bagaimana beliau mampu menghasilkan karya sebegini rupa, jauh lebih bermanfaat dari mendengar rap-rap materialisme.

      khairulorama

      June 9, 2012 at 10:00 pm

  5. Reblogged this on abd6296's Blog.

    abd6296

    September 2, 2014 at 1:23 pm

  6. lagu di balik cermin mimpi lebih dalam maksudnya dibandingkan apa yg dijelaskn diatas. ia dikaitkan manusia dan Allah. tapi, utk yg bukan ahli maksudnya sudah sedang elok dijelaskan.

    isaac

    November 22, 2015 at 11:04 pm


Leave a comment