Posts Tagged ‘penyakit’
10 Mutiara kepada Pesakit
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1371.Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bebaskanlah orang tawanan, beri makanlah orang lapar, dan kunjungilah orang sakit!”
|
10 mutiara untuk pesakit adalah kesimpulan saya setelah membaca karya Syeikh Badiuzzaman Said Nursi. Sekadar buat ingatan doktor ini yang sentiasa kelupaan. Ya! Kadang-kadang doktor lebih khayal!
1. Wahai pesakit! Janganlah kamu gelisah. Bersabarlah. Sakit yang kamu hadapi bukanlah penyakit buat kamu tetapi ia adalah sejenis rawatan. Ini kerana umur adalah modal seseorang yang sentiasa berkurangan dari masa ke semasa. Jika tidak dilaburkan pasti akan kehabisan juga satu hari nanti.
2. Umur yang dihabiskan dengan kerehatan dan kealpaan, tiba-tiba seorang itu telah tiba di penghujung jalan. Jadi sakit akan memberikan keuntungan yang besar kepada modal yang dimiliki oleh seseorang dan tidak akan membenarkan umurnya dihabiskan dengan segera.
3. Wahai pesakit yang kurang bersabar! Bersabarlah! Hiasilah dirimu dengan kesyukuran. Sakit yang kamu alami boleh menukarkan beberapa minit umur kamu alami menjadi beberapa jam ibadah. Seseorang yang ditimpa musibah penyakit akan tadharru’ ( kembali kepada Allah) dan meminta perlindungan kepada Allah, Tuhan yang menciptakan.
4. Wahai pesakit yang tidak mampu bersabar! Tujuan kedatangan manusia ke dunia ini bukanlah untuk bernikmat-nikmat dan berlazat-lazat. Ingatlah, dunia pada pandangannnya adalah suatu yang indah dan lazat, ketika tidak ditimpakan penyakit semuanya lazat-lazat maka lupalah akan akhirat!
5. Wahai pesakit, sebenarnya kamu telah didatangi oleh seorang guru manusia, iaitu penyakit. Ingatlah bahawa penyakit itu sebenarnya adalah pesanan kepada diri kamu sendiri. Kata Said Nursi lagi, bahkan kamu hendaklah bernaung dibawah kesyukuran kerana penyakit itu datang untuk peringatan.
6. Wahai pesakit, sebenarnya kamu tidak berhak mengadu. Komplain sana komplain sini! Bahkan kamu wajib bersyukur, kerana anggota luar dan dalam kamu adalah bukan milik kamu. Kamu tidak membuat atau menciptakannya sendiri. Ia adakah milik Allah.
7. Wahai pesakit yang sedang diuji dan diduga! Said Nursi mengatakan sesungguhnya penyakit adalah hadiah untuk kamu. Ia merupakan satu bentuk kebaikkan kerana sebenarnya anda sedang diuji oleh Allah!
8. Wahai pesakit, lihatlah apa yang kamu lakukan ketika badanmu masih sihat. Lihatlah hari -hari kamu yang dilalui dengan penuh kebahagiaan dan kesulitan. Ingatlah, ketika hilangnya sakit itu nanti betapa gembiranya kamu nanti.
9. Wahai pesakit yang mengenangkan akhiratnya! Sebenarnya sakit itu umpama sebuku sabun. Ia menghilangkan kesalahanmu.
10. Wahai pesakit yang menghampiri mati, ingatlah sesungguhnya mati itu adalah tanah air yang sejati. Ia adalah yang hakiki bagi memperolehi kebahagian yang kekal. Hidup ini sementara sahaja. Mati itu pasti!
Sekadar renungan seorang doktor yang khayal! Buat teman-teman doktor lain!
Sedang memikirkan buku yang hendak dipublish pada tahun ini, Mutiara untuk seorang doktor!
|
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1658. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: “Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat.” Rasulullah saw: menjawab: “Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu.” Saya berkata: “Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat.” Rasul menjawab: “Benar!” Setelah itu beliau berkata: “Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya.” |
|
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1661.
Dari ‘Aisyah r.a., Rasulullah saw. kalau pergi mengunjungi orang sakit, atau kalau orang sakit dibawa kepada beliau, maka beliau selalu berdoa: “Hai Tuhan manusia! Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia! Engkaulah yang mampu menyembuhkan. Kesembuhan itu hanya kerana Engkau menyembuhkan kesembuhan yang menghilangkan penyakit.”
|
|
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1572.
Dari Aisyah r.a., katanya: Apabila Rasulullah s.a.w merasa sakit, beliau hembuskan atas diri beliau ayat Ma’awwizat (Qul a’uzu birabbil falaq dan Qul a’uzu birabbin nas) dan beliau sapu badannya dengan tangan beliau. Ketika beliau sakit meninggal, saya hembuskan atas diri beliau Ma’awwizat yang pernah beliau hembuskan itu dan saya sapukan badannya dengan tangan beliau sendiri”.
|